Tuesday, September 22, 2009

Harapan saya sempena Hari Raya.



Awak,

Saya kuat merengek mahukan perhatian, macam budak kecil.

Saya kuat mengaruk, macam budak kecil.

Saya kuat menangis sampai menghentak-hentak kaki, macam budak kecil.

Saya kuat teruja menjerit nyaring, macam budak kecil.

Saya kuat bising2 walau hanya luka sikit, macam budak kecil.

Saya kuat memberontak bila tak dapat apa yang saya nak, macam budak kecil.

Saya kuat merajuk sampai ketara berubah air muka, macam budak kecil.

Saya kuat tak puas hati bila kena berkongsi, macam budak kecil.

Saya kuat merepek dan merapu, macam budak kecil.

Saya harap, awak cukup kuat untuk jaga saya, walaupun saya macam budak kecil.

Saya harap, awak cukup kuat untuk bertahan dengan saya, walaupun saya tetap macam budak kecil, sampai bila-bila.

Janji ya?


Wednesday, September 9, 2009

Dia dan Lelaki Itu.




Dia sayang lelaki itu. Lain daripada yang sebelumnya. Dia terlalu yakin bahwa lelaki itu dicipta untuknya. Dan kerana hati dia penuh cinta, dia serahkan segala-galanya. Hanya pada lelaki itu.

Dia mahu setiap pengajaran lalu, walau silap sebesar zarah, dipadam terus, mati di situ. Sumpah tidak sanggup diulang dek waktu.

Maka dia jadi pendesak. Memaksa setiap inci situasi menjadi jauh lebih indah dari yang lalu. Timbul punca sebesar kuman, dia langsung hilang arah. Mereka-mereka yang tahu, mereka kata dia trauma. Mereka kata dia paranoid. Mereka kata dia masih di bawah, menggapai-gapai, tercari-cari lelaki itu.

Bila dicapaikan tangan padanya, dia sambut lega. Namun..hakikat pahitnya, dalam bahagia, dia tetap lelah mencari nyawa. Mengapa ya.. 
Mereka kata --dia masih gentar, takutkan segala. 
Dia rasa --dia sedang sesat mencari sempurna.

Sempurna, padanya, bukan seperti yang mereka-mereka fikirkan. Juga bukan seperti yang lelaki itu sangka. Sempurna adalah pabila lelaki itu merasakan setiap detik mahu wujudnya dia. Bila berkata 'mahu', ertinya lelaki itu sangat perlu, ertinya lelaki itu tidak henti merindu, ertinya lelaki itu ikhlas menunggu. Lelaki itu harus 'mahu'kan dia lebih dari semua. Dan dia katakan sempurna apabila perasaan itu kekal tidak berubah, hingga ke hujungnya.

Hanya lelaki itu yang dia agungkan. Salahkah jika pada yang satu itulah dia panjatkan setinggi harapan? Yang dia hamparkan seluas perasaan? Yang dia pinta sepenuh perhatian? Dan jangan ada ketika di mana lelaki itu melontar kata sekadar mahu menyedap rasa, kerana dia benar-benar pegang kuat sampai mati. Jangan berjanji jika bukan cinta dia yang diimpi. Tiap tutur kata akan dia nanti..sepenuh hati. Maka jangan terlalu berani..jangan berjanji, wahai lelaki. Kerana dia tidak punya apa-apa tanpa cinta.

Tolong jangan salahkan dia kerana dia tidak pernah minta menjadi mangsa! Dia hanya 'mahu' lelaki itu, apa adanya, biar apa orang kata, dia hanya tahu mendesak rasa cinta. Tolong jangan salahkan dia bila tidak kisahkan segala kerana terlalu cinta. Yang dia tahu dia hanya 'mahu' lelaki itu, sampai akhir masa.