Friday, December 25, 2009

Long stories made short.



September - I was harassed at workplace. I quit. Baby came to Melby.


October - I got a new job, just across the road. Convenient, not dodgy like my previous job, good pay.

November - Had the most meaningful and memorable birthday ever in my life. My 24th. I owe both baby and Hanna big time for the awesome celebration. It's indescribable, really.

But hey, God often puts you into the furnace of affliction as an answer to your prayers for more patience, doesn't He?
A few days after...my only sister got kidnapped, bashed, robbed, and dumped alive in an unconscious mode. Only God knows how strong Hanna is.. and for all of that, may He protect her beautiful soul, always. ('Twas everywhere in the newspaper & on the internet nonetheless due to privacy concerns I choose not to divulge/ share any links here as-they-have-full-details-and-particulars)
And 'thank you' is never enough to thank you, baby. You're indeed our hero. For the rest of our lives insyaAllah.

Momma came down under to be with us. I was having my final exams at the same time. Again...I don't know how, but Allah obviously eases everything for me. Even at the very last minute, I got through all because of His miracles.

December - Baby got a job in Melby. My handsome boy is now a graduate engineer. Now..here I am back in Malaysia for summer hols. May the new year treat me better. Because I'm currently lost..and torn between love, responsibilities, and lust. The world has taken its toll on me..


Tuesday, September 22, 2009

Harapan saya sempena Hari Raya.



Awak,

Saya kuat merengek mahukan perhatian, macam budak kecil.

Saya kuat mengaruk, macam budak kecil.

Saya kuat menangis sampai menghentak-hentak kaki, macam budak kecil.

Saya kuat teruja menjerit nyaring, macam budak kecil.

Saya kuat bising2 walau hanya luka sikit, macam budak kecil.

Saya kuat memberontak bila tak dapat apa yang saya nak, macam budak kecil.

Saya kuat merajuk sampai ketara berubah air muka, macam budak kecil.

Saya kuat tak puas hati bila kena berkongsi, macam budak kecil.

Saya kuat merepek dan merapu, macam budak kecil.

Saya harap, awak cukup kuat untuk jaga saya, walaupun saya macam budak kecil.

Saya harap, awak cukup kuat untuk bertahan dengan saya, walaupun saya tetap macam budak kecil, sampai bila-bila.

Janji ya?


Wednesday, September 9, 2009

Dia dan Lelaki Itu.




Dia sayang lelaki itu. Lain daripada yang sebelumnya. Dia terlalu yakin bahwa lelaki itu dicipta untuknya. Dan kerana hati dia penuh cinta, dia serahkan segala-galanya. Hanya pada lelaki itu.

Dia mahu setiap pengajaran lalu, walau silap sebesar zarah, dipadam terus, mati di situ. Sumpah tidak sanggup diulang dek waktu.

Maka dia jadi pendesak. Memaksa setiap inci situasi menjadi jauh lebih indah dari yang lalu. Timbul punca sebesar kuman, dia langsung hilang arah. Mereka-mereka yang tahu, mereka kata dia trauma. Mereka kata dia paranoid. Mereka kata dia masih di bawah, menggapai-gapai, tercari-cari lelaki itu.

Bila dicapaikan tangan padanya, dia sambut lega. Namun..hakikat pahitnya, dalam bahagia, dia tetap lelah mencari nyawa. Mengapa ya.. 
Mereka kata --dia masih gentar, takutkan segala. 
Dia rasa --dia sedang sesat mencari sempurna.

Sempurna, padanya, bukan seperti yang mereka-mereka fikirkan. Juga bukan seperti yang lelaki itu sangka. Sempurna adalah pabila lelaki itu merasakan setiap detik mahu wujudnya dia. Bila berkata 'mahu', ertinya lelaki itu sangat perlu, ertinya lelaki itu tidak henti merindu, ertinya lelaki itu ikhlas menunggu. Lelaki itu harus 'mahu'kan dia lebih dari semua. Dan dia katakan sempurna apabila perasaan itu kekal tidak berubah, hingga ke hujungnya.

Hanya lelaki itu yang dia agungkan. Salahkah jika pada yang satu itulah dia panjatkan setinggi harapan? Yang dia hamparkan seluas perasaan? Yang dia pinta sepenuh perhatian? Dan jangan ada ketika di mana lelaki itu melontar kata sekadar mahu menyedap rasa, kerana dia benar-benar pegang kuat sampai mati. Jangan berjanji jika bukan cinta dia yang diimpi. Tiap tutur kata akan dia nanti..sepenuh hati. Maka jangan terlalu berani..jangan berjanji, wahai lelaki. Kerana dia tidak punya apa-apa tanpa cinta.

Tolong jangan salahkan dia kerana dia tidak pernah minta menjadi mangsa! Dia hanya 'mahu' lelaki itu, apa adanya, biar apa orang kata, dia hanya tahu mendesak rasa cinta. Tolong jangan salahkan dia bila tidak kisahkan segala kerana terlalu cinta. Yang dia tahu dia hanya 'mahu' lelaki itu, sampai akhir masa.


Sunday, August 30, 2009

< sempurna >


"Tuhan, andai aku bertaubat malam nanti, bisakah kau ambil nyawa ini tidak lama selepasnya? Atau mungkin sebelum aku dinikahi..langsung digelar isteri. Kerna saat ini, aku tidak rasa mahu dimiliki sesiapa. Biar aku terus dipunya ibu bapa. Sahaja. Sampai bila2."


Apa yang mereka fikir 'sempurna'? Yang baik tutur kata, pernah. Yang kelakar orangnya, pernah. Yang bertanggungjawab, pernah. Yang mengambil berat di setiapnya, pernah. Yang rapat sama keluarga, pernah. Yang bijaksana orangnya, pernah. Yang kacak rupa paras, pernah. Yang sentiasanya membantu di jalan buntu, pernah. Yang tidak pernah marah, pernah. Yang percaya sepenuhnya, pernah. Yang tidak mengongkong, pernah. Yang tidak tinggal sembahyang, pernah. Yang melindungi, pernah. Yang tidak berkira, pernah. Yang punya tubuh sasa, pernah. Yang manja yet attentive, pernah. Yang sanggup korban apa saja, pernah. Yang berduit berharta berkedudukan, juga pernah.

Itu kata mereka 'sempurna'? Andai benar, maka ya..aku sudah rasa 'kesempurnaan' dalam berpasangan. Kerna segala sesuatu yang mereka kira 'sempurna' itu, pernah aku dampingi.



Namun..
andai kata tafsiran mereka itu silap, maka nyatanya...

AKU INI MASIH SESAT MENCARI SEMPURNA.


Saturday, August 15, 2009

hari ini hati mati


hari ini

aku rasa bodoh
aku rasa malang
aku rasa teruk

hari ini
aku rasa penat dengan semua
aku rasa tidak mahu menjaga
aku rasa gelapnya cahaya

hari ini
aku rasa aku jatuh

hari ini
aku rasa aku betul-betul jauh


Sunday, July 26, 2009

Syukur Sang Pencinta..



Kelihatannya persis terlalu taksub, mungkin. Kelihatannya seperti tidak terbatas..tidak ada had, mungkin. Mungkin juga kelihatannya jemu, hampir setiap kali dikhabarkan jiwa itu. Jiwa yang sama.

YA, AKU SANG PENCINTA.

Keruh itu aku ukur di sepanjang jalan.
Yang indah aku pungut di setiap jejak.
Jahat itu aku rasa di hela nafas ini.
Yang baik itu aku takluk dalam hati.

Hidup aku ikhlas menggarisi cinta pada semua.

dan pada Kau yang sentiasa buat aku redha kerana percayakan hikmahnya, terima kasih..terima kasih wahai Tuhan, Kau beri aku udara bersih yang bisa ku hembus bebas. Kau beri aku dalami matangnya segala rasa. Kau beri aku puas dengan apa adanya.

Kau beri aku dia untuk benar-benar aku cinta.


Wednesday, July 22, 2009

Dusta Pada Rasa.



Jangan bilang yang aku ini tidak mengerti kamu bila kamu juga tidak kenal sama aku.

Jangan bilang yang aku ini tidak yakin pada dalamnya cinta bila kamu juga ragu tentang itu.

Jangan bilang yang aku ini tidak percaya pada kata bila kamu bijak merombak maksudnya.

Jangan bilang yang aku ini penambah depresi kamu bila kamu yang keliru tentang itu.

Jangan bilang yang aku ini tidak ambil tahu bila kamu juga punya tembok ego itu.

Jangan bilang yang aku ini tidak menerima bila kamu itu langsung menyalahkan.

Jangan bilang yang aku tidak menjaga bila kamu harusnya turut memelihara.

Jangan bilang kamu kecewa bila aku pamerkan semangat yang hilang ini, juga hati yang menangis menjauh, dan kekuatan yang tidak mampu aku lakonkan lagi.


Jangan.

Tuesday, July 7, 2009

God bless!


No one can know what's the outcome of
spending years together will be..
Being happy together in a long distance relationship is a gift,
and enduring love is the key.
Everything has worked right for us so far.
May our future bring more of the same,
and our love remain strong and true.


***

..you at your nights & me in my days..

***


Another year to create priceless memories together.
Another year to discover new things to enjoy about each other.
Another year to build a life rich in love and laughter.
Another year to strengthen a relationship that defines "forever"..


Happy Anniversary.
THANK YOU MY DEAR PERFECTION

Wednesday, June 3, 2009

Dia, sebenarnya.



Dia desak rasa gembira datang tanpa henti kerana dia punya tekanan yang tidak seorang pun mengerti.
Fahamkan dia.. Biar hilang tangisannya.

Dia terkasar bahasa kerana dia masih merangkak mencari tenangnya jiwa.
Tolong.. Maafkan dia.

Dia pertahankan keputusannya kerana jujurnya, niat hati itu telus.
Percayakan dia.. Percaya pada hatinya.

Dia cuba kawal rasa rindu yang melangit hanya kerana dia tidak mahu terus lemah tanpamu.
Dorong semangat itu.. Gagahi dia.

Dia cuba untuk kurang bergantung padamu kerana dia mahu kamu senang dengan hadirnya.
Buka mata.. Kagumi dia.

Dia perjuangkan cinta kerana cinta itu nyawa padanya.
Tolong hargai..rasa cintanya.


Saturday, May 23, 2009

Stronger !



Off to Greece he went, for approximately 12 days.. and I felt very different. Oh, skype is not available when roaming. And when I called, he'd be charged double. So yea, for 12 days we went on-and-off. My first prevention of getting too *emotionally* caught-up was that...I wasn't even there, at home, in front of the lappie to look at him thru the webbie when he was about to leave for the airport. No, I seriously couldn't take it. That's why. Knowing that the distance has already been such an obstacle, the fact that he'll be going further away, will definitely create an indirect tension, building up the pain. So I chose not to really think about it. It, not him.


Well I went out with friends almost every single day, and spent the first couple of days at home just because Hanna's friend was leaving for Nottingham. Soon after, I got myself out of the house again..all-day..back & forth..just to kill the time.

JUST-TO-KILL-THE-TIME.

Went to school w/out him, went to work w/out him, went for grocery-shopping w/out him, completed my assignments w/out him, slept at nights w/out him on the other line, and I woke up w/out hearing him too.
Only for a few times that we're lucky enough to be able to talk, provided that his credits are reloaded again & again, by asking the favour from his friend back in London..which is, another bit of complication on his side. Hmmm. And we thought, "oh, poor us.."

Dear mind, that shouldn't be the way to view any matter in the first place.

Oh, he'll be back to Kensington in two days' time. And once he does, everything will then..be different again. See what I mean?

For sure, many things have made me learn...from 11-days of my random, silent thoughts.

I heard..

The most important thing to take control over is.. your mind.
-- Easy to say.. But at rare, it is possible. Actually.

The simplest way to keep your mind off disturbance is to keep yourself occupied. Friends. Friends. Friends.
--Sometimes it works, but most probably you'll still get distracted in between.

Follow heart desires, i.e. if going for retail therapy can at least make you feel a bit better on the inside, why not?
--Well, because something is always better than nothing, so yup, it works!

Don't watch love movies; be it romcoms or sad, draggy ones when he's away.
--If it's me, yes I won't watch 'em. My heart is too fragile it could be broken anytime if triggered. It makes you long for him more than anything, right at that very moment. Which is indeed Impossible.

Sing your heart out and laugh out loud.
--It works, only if you know Where and When you should/shouldn't do it. Because somehow, it Does release your depression. Really.

***
These are some of the many that I applied to my own self. It was quite a relieve to have successfully gone through the days without any breakdowns. Somehow, I'm impressed of how the little things could cause such changes in a very short term, and I hope it is always for the better. That is, to make me stronger. :)


Thursday, April 30, 2009

Have you?


Have you ever felt really bad?

Have you ever felt really low?

Have you ever felt horrible?

Have you ever felt so weak?

Have you ever felt helpless?

Have you ever felt stepped on?

Have you ever felt terribly upset?

Have you ever felt a sharp pain inside your heart?

Have you ever felt like you're of no good?

Have you ever felt like it is no longer the way it used to be?

Have you ever felt that a slight pressure can even take your breath away?

Have you ever felt too sensitive & too emotional over little things that you think should matter?

Have you ever felt deeply hurt and there's nowhere to go & no one to run to???

='(

..I have. And hopefully, they are just there for today.
HOPEFULLY.

Thursday, April 23, 2009

Until we meet again.



Cinta, I REALLY THANK YOU FOR COMING.

:)
Bahagia itu ada sama saya.
Sempurna itu cuma awak di mata saya.
Indah itu bukan hanya kata-kata..kerna cinta kita punya segalanya.

*******

Like always, I can never thank you enough. . .

Best wishes for your final exam, dearest. I'll pray for you, all the way.
And baby.. I promise to take extra care of our turquoise fighter fish okay.

:)
'' Turqomaso ''

Saturday, March 28, 2009

MY HANDSOME PRINCE, MY PRETTY BOY, MY CUNGPIPITAILALATMATACOKLAT!


=)


I COULD'T SLEEP. HE'S ARRIVING IN 4 HOURS TIME!!!
I'M TOO EXCITED, TOO EAGER, TOO NERVOUS,
AND JUST TOO HAPPY!!!
I'M FEELING CONTENT. THANKFUL, FOR HIM. I CAN NEVER BE GRATEFUL ENOUGH FOR SUCH A PERFECT SOULMATE. I'LL DO MY BEST TO APPRECIATE YOUR GIFT FOR ME, TUHAN. I'LL TRY NOT TO HURT HIM, FOR ALL MY LIFE.
AND I WILL NEVER, EVER GIVE UP TRYING.

IF ONLY I CAN CLEARLY EXPRESS, IF ONLY I CAN CLEARLY TELL...HOW MUCH I LOVE.


Friday, March 27, 2009

My world has actually stopped spinning, long before.

Or maybe it's just taking its break.


It wasn't you. It is not, and never will it be.
I didn't know that I'm still impacted, affected, hurt.
I didn't realize that.
Yes I got over him, yes I got over his love.
But to get over the past, show me who can possibly do so.

Do I need you really closely to help, to guide, to lead, to discover & bring me into that much better world of yours?
Do I need more time just so I could fully recover?
Do I need to get involved in an accident and hope to get amnesia so that I can start fresh?
Do I need to patiently wait and passively love while fighting with fear?


Perhaps I just need to take one step at a time to walk my own self into light, where I see no more darkness. And that light, is certainly coming from your side.

I know.

Kelemahan ini melemahkan.



Aku takut. Jadi aku cuba berani dengan apa saja bentuk kekasaran. Sedikit tinggi suara kau pada aku, aku jawab dengan nada lebih tinggi daripada itu. Aku cuba tunjuk aku tidak takut, sedang dalam hati aku kecut memikirkan segala kesan dan akibat.

Tapi itulah yang aku belajar daripada yang terdahulu.

Aku risau. Jadi aku cuba letak keadilan pada titik permulaan. Setiap laku perlu adil sama aku, itu yang aku bilang. Dan bila ia tidak, dengan sendirinya aku bertukar tempat berganti situasi. "Rasalah apa yang aku rasa dalam hati..", setelah aku beri layanan yang serupa rentak dan coraknya. Memang tidak wajar, aku tahu.

Tapi itulah yang aku belajar daripada yang terdahulu.

Aku lembik. Jadi aku cuba berlagak gagah seolah aku punya jiwa yang amat kuat. Segala yang membinasakan aku dari dalam, aku tunjuk aku mampu lawan..tapi yang termampu olehku hanya melawan daripada luaran. Sedang dalam aku ini sekecil-kecil kuman. Tiada perhatian padanya. Aku sorok yang tidak nyata, aku ukir hanya yang sepatutnya. Dan pada aku yang sepatutnya itu cuma senjata bantu untuk yang hakikat. Sesuatu yang memberitahu, aku lembik.

Tapi itulah yang aku belajar daripada yang terdahulu.

Aku serik. Jadi aku cuba menangkis setiap keadaan yang punya potensi untuk menghancurkan. Fikiran ini negatif di kebanyakan kalinya. Hati ini tak henti memungkinkan segala yang bisa menjatuhkan. Lebih teruk bila aku terbawa-bawa oleh perasaan begini di sepanjang jalan cerita. Maka cerita indah itu lama-lama hilang sinarnya.

Tapi itulah yang aku belajar daripada yang terdahulu.

Aku benci. Jadi aku cuba wujudkan satu gambaran sarat dengan keterlaluan. Terlalu bahagia, terlalu cinta. Yang dalam pada itu aku bertungkus-lumus berusaha memadam kebencian pada apa yang dahulunya terpaksa aku lalui. Aku cuba rawat hati untuk dia yang takkan pernah putus asa. Aku ini punya impian untuk berhenti menangis di dalam tawa.

Akan tetapi, yang tidak mungkin itulah yang aku belajar daripada yang terdahulu.

MAAFKAN AKU..

Tuesday, March 10, 2009

Tolong aku, Cinta.


18 more days.
It's getting very, very close.

Waking up in the morning, knowing that he is really coming, is the most nervous feeling that I'm having now. Yes, I get nervous when it comes to him. More than anyone could ever imagine. Every time I meet him, it always feels like the first time. Honestly.
_______________________________________________

Tapi Cinta.. kunjunganmu kali ini, aku perlukan pertolongan..


Tolonglah aku Cinta,

Diri ini minta didorongkan..

Fikiran ini minta dikemaskan..

Hati ini minta disembuhkan..

Jiwa ini minta ditenangkan..

Airmata ini minta dihentikan..

Langkah ini minta diberikan kekuatan..

Wajah ini minta diberikan harapan..


Tolonglah aku Cinta,
Kerna aku sudah lelah mempamer tawa menutup derita...

Sunday, January 25, 2009

Satu itu aku.



Out of a sudden, one night, he came up to me with a question.

Let's say..
Tiba satu hari nanti, saya dah tak ada lagi, will you re-marry?


Jawabku :

No.
Why?

Katanya :

Because, if you do, saya takkan dapat jumpa awak semula di akhirat nanti. Yang ditemukan awak hanya suami yang baru.

If only.
_______________________________________________________

Kiranya, di situ, hidupnya suami isteri yang 'itu' bukan lagi dia untuk bersamaku. Seorang yang hak itu ialah si suami di kala aku meninggalkan dunia. Dan aku 'pergi' sebagai pasangannya di sana.

Aku fikir... Hidup itu sekali, mati itu sekali, dan bagiku, nikah itu juga sekali. Ijab kabul itu hanya untuk cinta yang aku kira, satu. Kerana itu aku mahu; dia yang tertulis untukku di dunia adalah dia yang sama di akhirat sana.

Tuhanku satu. Momma aku satu. Ayah juga satu. Maka dia juga satu bagiku.
Sampai bila pun itu satu ketetapan buat aku.

Bagaimana keadaannya sekalipun.

Friday, January 23, 2009

One after Another..



It's different.

Having to take extra care from the 20th onwards, I can feel that it's a lot different now. Bout everyday-life, eating habits, daily routines, sleeping hours, health conditions, etc. Extra concern on every single aspect of life, like there's two me. Two me that I have to look after. Not to say that it's hard, but...just.. different.

Thing is, I worry more.
Which leads me to do more thinking..
And worse, of the unnecessaries.

I need to calm myself down everytime. I need my heart to beat slower each time. I need more patience to get things done. Getting it all quickly accomplished really exhausts me! Really. Moreover, with the trouble of having a good sleep, I'm always restless during the day & appear extremely lethargic during the night.

These things have been putting me under so much stress without notice. I get stressed out most of the time. And I don't want it to stay that way. Stress develops anger. I have many hearts to look after, so please, stress..just go away.

I need more rest. Mentally, especially.

Gimme a break. =(

But then again, this is life; always one after another..


Saturday, January 3, 2009

Hanya kerana aku yakin.


Tiap kali selepas bertemu Tuhanku, ini yg aku pohon dariNya :-

Aku lafazkan ayat seribu dinar dan telah menjadi routine sesudah salam.


Dan bisikku lagi :-
  • ampunkan segala dosa kedua2 orang tuaku, masukkan mereka ke dalam syurgaMu, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku masih kecil.

  • murahkanlah rezeki kami, permudahkan urusan kami, tunjukkan kami jalan yg sepatutnya kami lalui, dan peliharalah kesihatan kami.

  • ampunilah segala dosa2 ku, berkatilah hidupku, terangkanlah hatiku, tenangkanlah hatiku, redhailah segala amalku, sembuhkanlah aku drpd dua penyakit hidupku, & makbulkanlah hajatku.

  • panjangkanlah jodohku bersamanya "...(ku titipkan nama penuh cintaku)..." , kuatkan hati kami, lahirkan impian kami. Sesungguhnya Engkau yg Maha mengetahui setiap apa yg terbaik untuk kami. Kau terangkan & tenangkanlah hatinya, pelihara kesihatannya serta permudahkanlah urusannya.

  • aku bersyukur di atas segala nikmatMu, aku bersyukur di atas segala pertolonganMu, hanya kepada Engkau aku memohon segala sesuatu.

Hanya kerana aku yakin Engkau itu Maha adil, aku pohon kekuasaanMu.