Saturday, January 3, 2009

Hanya kerana aku yakin.


Tiap kali selepas bertemu Tuhanku, ini yg aku pohon dariNya :-

Aku lafazkan ayat seribu dinar dan telah menjadi routine sesudah salam.


Dan bisikku lagi :-
  • ampunkan segala dosa kedua2 orang tuaku, masukkan mereka ke dalam syurgaMu, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku masih kecil.

  • murahkanlah rezeki kami, permudahkan urusan kami, tunjukkan kami jalan yg sepatutnya kami lalui, dan peliharalah kesihatan kami.

  • ampunilah segala dosa2 ku, berkatilah hidupku, terangkanlah hatiku, tenangkanlah hatiku, redhailah segala amalku, sembuhkanlah aku drpd dua penyakit hidupku, & makbulkanlah hajatku.

  • panjangkanlah jodohku bersamanya "...(ku titipkan nama penuh cintaku)..." , kuatkan hati kami, lahirkan impian kami. Sesungguhnya Engkau yg Maha mengetahui setiap apa yg terbaik untuk kami. Kau terangkan & tenangkanlah hatinya, pelihara kesihatannya serta permudahkanlah urusannya.

  • aku bersyukur di atas segala nikmatMu, aku bersyukur di atas segala pertolonganMu, hanya kepada Engkau aku memohon segala sesuatu.

Hanya kerana aku yakin Engkau itu Maha adil, aku pohon kekuasaanMu.


4 comments:

Amin Ahmad said...

kamu pecinta yang hebat.

semoga dia juga berdoa yang sama :)

Monalisa said...

trima kasih. itu kerja tetap saya. :)

and

oh..i believe he does, too.

jojie Oh! said...

point yg sama dgn doa sy..cuma lenggok bahase berlainan sket..

jelas dan nyata semua org mahukan kesejahteraan dlm hdp dan di akhirat.. ;)

Amin... semoga doa kita dimakbulkan..good luck 4 ur master there! ;)

owhh.btw..wut course do u takin?

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

amin.

manusia selalu meminte kekayaan tp lupe pade kesihatan..
itu sye la..hikhik..
skang ni sye nmpk,kesihatan lebeyh penting dri harte..kan2..