Friday, December 25, 2009

Long stories made short.



September - I was harassed at workplace. I quit. Baby came to Melby.


October - I got a new job, just across the road. Convenient, not dodgy like my previous job, good pay.

November - Had the most meaningful and memorable birthday ever in my life. My 24th. I owe both baby and Hanna big time for the awesome celebration. It's indescribable, really.

But hey, God often puts you into the furnace of affliction as an answer to your prayers for more patience, doesn't He?
A few days after...my only sister got kidnapped, bashed, robbed, and dumped alive in an unconscious mode. Only God knows how strong Hanna is.. and for all of that, may He protect her beautiful soul, always. ('Twas everywhere in the newspaper & on the internet nonetheless due to privacy concerns I choose not to divulge/ share any links here as-they-have-full-details-and-particulars)
And 'thank you' is never enough to thank you, baby. You're indeed our hero. For the rest of our lives insyaAllah.

Momma came down under to be with us. I was having my final exams at the same time. Again...I don't know how, but Allah obviously eases everything for me. Even at the very last minute, I got through all because of His miracles.

December - Baby got a job in Melby. My handsome boy is now a graduate engineer. Now..here I am back in Malaysia for summer hols. May the new year treat me better. Because I'm currently lost..and torn between love, responsibilities, and lust. The world has taken its toll on me..


Tuesday, September 22, 2009

Harapan saya sempena Hari Raya.



Awak,

Saya kuat merengek mahukan perhatian, macam budak kecil.

Saya kuat mengaruk, macam budak kecil.

Saya kuat menangis sampai menghentak-hentak kaki, macam budak kecil.

Saya kuat teruja menjerit nyaring, macam budak kecil.

Saya kuat bising2 walau hanya luka sikit, macam budak kecil.

Saya kuat memberontak bila tak dapat apa yang saya nak, macam budak kecil.

Saya kuat merajuk sampai ketara berubah air muka, macam budak kecil.

Saya kuat tak puas hati bila kena berkongsi, macam budak kecil.

Saya kuat merepek dan merapu, macam budak kecil.

Saya harap, awak cukup kuat untuk jaga saya, walaupun saya macam budak kecil.

Saya harap, awak cukup kuat untuk bertahan dengan saya, walaupun saya tetap macam budak kecil, sampai bila-bila.

Janji ya?


Wednesday, September 9, 2009

Dia dan Lelaki Itu.




Dia sayang lelaki itu. Lain daripada yang sebelumnya. Dia terlalu yakin bahwa lelaki itu dicipta untuknya. Dan kerana hati dia penuh cinta, dia serahkan segala-galanya. Hanya pada lelaki itu.

Dia mahu setiap pengajaran lalu, walau silap sebesar zarah, dipadam terus, mati di situ. Sumpah tidak sanggup diulang dek waktu.

Maka dia jadi pendesak. Memaksa setiap inci situasi menjadi jauh lebih indah dari yang lalu. Timbul punca sebesar kuman, dia langsung hilang arah. Mereka-mereka yang tahu, mereka kata dia trauma. Mereka kata dia paranoid. Mereka kata dia masih di bawah, menggapai-gapai, tercari-cari lelaki itu.

Bila dicapaikan tangan padanya, dia sambut lega. Namun..hakikat pahitnya, dalam bahagia, dia tetap lelah mencari nyawa. Mengapa ya.. 
Mereka kata --dia masih gentar, takutkan segala. 
Dia rasa --dia sedang sesat mencari sempurna.

Sempurna, padanya, bukan seperti yang mereka-mereka fikirkan. Juga bukan seperti yang lelaki itu sangka. Sempurna adalah pabila lelaki itu merasakan setiap detik mahu wujudnya dia. Bila berkata 'mahu', ertinya lelaki itu sangat perlu, ertinya lelaki itu tidak henti merindu, ertinya lelaki itu ikhlas menunggu. Lelaki itu harus 'mahu'kan dia lebih dari semua. Dan dia katakan sempurna apabila perasaan itu kekal tidak berubah, hingga ke hujungnya.

Hanya lelaki itu yang dia agungkan. Salahkah jika pada yang satu itulah dia panjatkan setinggi harapan? Yang dia hamparkan seluas perasaan? Yang dia pinta sepenuh perhatian? Dan jangan ada ketika di mana lelaki itu melontar kata sekadar mahu menyedap rasa, kerana dia benar-benar pegang kuat sampai mati. Jangan berjanji jika bukan cinta dia yang diimpi. Tiap tutur kata akan dia nanti..sepenuh hati. Maka jangan terlalu berani..jangan berjanji, wahai lelaki. Kerana dia tidak punya apa-apa tanpa cinta.

Tolong jangan salahkan dia kerana dia tidak pernah minta menjadi mangsa! Dia hanya 'mahu' lelaki itu, apa adanya, biar apa orang kata, dia hanya tahu mendesak rasa cinta. Tolong jangan salahkan dia bila tidak kisahkan segala kerana terlalu cinta. Yang dia tahu dia hanya 'mahu' lelaki itu, sampai akhir masa.


Sunday, August 30, 2009

< sempurna >


"Tuhan, andai aku bertaubat malam nanti, bisakah kau ambil nyawa ini tidak lama selepasnya? Atau mungkin sebelum aku dinikahi..langsung digelar isteri. Kerna saat ini, aku tidak rasa mahu dimiliki sesiapa. Biar aku terus dipunya ibu bapa. Sahaja. Sampai bila2."


Apa yang mereka fikir 'sempurna'? Yang baik tutur kata, pernah. Yang kelakar orangnya, pernah. Yang bertanggungjawab, pernah. Yang mengambil berat di setiapnya, pernah. Yang rapat sama keluarga, pernah. Yang bijaksana orangnya, pernah. Yang kacak rupa paras, pernah. Yang sentiasanya membantu di jalan buntu, pernah. Yang tidak pernah marah, pernah. Yang percaya sepenuhnya, pernah. Yang tidak mengongkong, pernah. Yang tidak tinggal sembahyang, pernah. Yang melindungi, pernah. Yang tidak berkira, pernah. Yang punya tubuh sasa, pernah. Yang manja yet attentive, pernah. Yang sanggup korban apa saja, pernah. Yang berduit berharta berkedudukan, juga pernah.

Itu kata mereka 'sempurna'? Andai benar, maka ya..aku sudah rasa 'kesempurnaan' dalam berpasangan. Kerna segala sesuatu yang mereka kira 'sempurna' itu, pernah aku dampingi.



Namun..
andai kata tafsiran mereka itu silap, maka nyatanya...

AKU INI MASIH SESAT MENCARI SEMPURNA.


Saturday, August 15, 2009

hari ini hati mati


hari ini

aku rasa bodoh
aku rasa malang
aku rasa teruk

hari ini
aku rasa penat dengan semua
aku rasa tidak mahu menjaga
aku rasa gelapnya cahaya

hari ini
aku rasa aku jatuh

hari ini
aku rasa aku betul-betul jauh


Sunday, July 26, 2009

Syukur Sang Pencinta..



Kelihatannya persis terlalu taksub, mungkin. Kelihatannya seperti tidak terbatas..tidak ada had, mungkin. Mungkin juga kelihatannya jemu, hampir setiap kali dikhabarkan jiwa itu. Jiwa yang sama.

YA, AKU SANG PENCINTA.

Keruh itu aku ukur di sepanjang jalan.
Yang indah aku pungut di setiap jejak.
Jahat itu aku rasa di hela nafas ini.
Yang baik itu aku takluk dalam hati.

Hidup aku ikhlas menggarisi cinta pada semua.

dan pada Kau yang sentiasa buat aku redha kerana percayakan hikmahnya, terima kasih..terima kasih wahai Tuhan, Kau beri aku udara bersih yang bisa ku hembus bebas. Kau beri aku dalami matangnya segala rasa. Kau beri aku puas dengan apa adanya.

Kau beri aku dia untuk benar-benar aku cinta.


Wednesday, July 22, 2009

Dusta Pada Rasa.



Jangan bilang yang aku ini tidak mengerti kamu bila kamu juga tidak kenal sama aku.

Jangan bilang yang aku ini tidak yakin pada dalamnya cinta bila kamu juga ragu tentang itu.

Jangan bilang yang aku ini tidak percaya pada kata bila kamu bijak merombak maksudnya.

Jangan bilang yang aku ini penambah depresi kamu bila kamu yang keliru tentang itu.

Jangan bilang yang aku ini tidak ambil tahu bila kamu juga punya tembok ego itu.

Jangan bilang yang aku ini tidak menerima bila kamu itu langsung menyalahkan.

Jangan bilang yang aku tidak menjaga bila kamu harusnya turut memelihara.

Jangan bilang kamu kecewa bila aku pamerkan semangat yang hilang ini, juga hati yang menangis menjauh, dan kekuatan yang tidak mampu aku lakonkan lagi.


Jangan.